Jumaat lepas, adikku bagitau nak belanja mak makan. Kebetulan aku yang berada di rumah mak sementara tunggu suamiku pulang office. Mak pun ajakku sekali. Wah. Langkah kanan betul. Suka bab-bab adik belanja ni. Bila lagi nak berjasa pada kakak diorang ni kan. Hahahah. Mak ajak pergi Kenny Rogers je. Tapi masa tu da nak pukul 9 malam. Takut kalau rush ke Kota Damansara, da tutup. Jadi, aku suggest Kokopelli. Dia pun da kuar Nona TV3 beberapa minggu lalu. Nak try tu membuak-buak. Dekat je. Belakang rumah mak. Hehe. Kalau sesiapa yang selalu merayau-rayau ke Digital Mall, and tak tau nak makan mana. Boleh try sini. Bistro ni, berdepan dengan Dataran 32, area Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. Laluan bas ke Kota Damansara, U88.
Mostly makanan dia western. Sedap. And sangatlah recomended pada semua. Additional untuk Bistro ni, owner dia sangatlah peramah. While we eating pun, he datang tanya how's the food, where we stay? Rupanya neighbour je. Mak cakap, before takut nak masuk. Afraid kalau bukan muslim's Restaurant. Ahaks. So, do not worry guys, it's Muslim's owner. Boleh melantak sampai sekak perut. Hehe.
Untuk yang rasa nak mood-mood romantic ke, boleh pergi sini. Outdoor area ni, memang sangat best. Siap aku cakap dengan adikku yang nak kahwin bulan 3 ni, nanti buatlah post-wedding kat sini. Cantik. (Buat post wedding picture ok, jangan pre-wedding.. bukan budaya)
Layan pics foods and beverages below ye. Nyum-nyum. Rasa nak pergi lagiiii...
Atas kiri, was mom's appetizer. Aku takde laa nak ber-appretizer ni. Aku makan je terus heavy, caesar's grilled chicken yang bawah kiri tu. Belah kanan atas and bawah. Tak ingat nama dia apa. But yang burger tu, mak share dengan adik. Besar. And kenyanggg sampai esoknya. Boleh puasa. (Aku kalau da makan banyak sangat malam, esok selalunya puasa qada'/sunat')
Oh..Oh.. Kakak makan Signature Fried Kuey Tiow no Chillies (For Kids). Sedap. Tapi tak sempat nak amek gambar. Da berterabur dia makan. Aku pernah tulis pasal kuey tiow dia bulan puasa hari tu. (Adik bongsu ku, penah beli kuey tiow ni masa bazar Ramadhan, dia kata orang tu tak basuh telur. Haish. Kenapalah dia tak basuh telurrr...?? Kan ke ada taik ayam. Then pegang kuey tiow.. then... Err.. )
Atas kiri tu, air untuk si kakak, dia minum sky juice je. Hahahaha. Ais kosong.
Adik minum Orangead. (Atas kanan). Aku minum Leaving on the jet plane, sebab aku suka lagu tu. Hehehe. Sedap. Mak minum. Make me fly(Asam boi kot). (Eh ye ke nama dia? Lupalaah)
Semua sedap. Sedap. Sedap. Alhamdulillah.
Bolehlaa korang plak try lepas ni ye.



3 comments:
Terus haus tekak tengok gambar akhir tu...
makan ramai2 memang besh
lagi besh kalu ada yang belanja =)
Owner dia pandai letak nama pada minuman dia bunyi macam lagu dah.... Makan free dan dgn family lagi memang syok...
Post a Comment