Semalam, hujan lebat di PJ. Sampai tak tau nak bawak anak2 pergi mana. Mula-mula ingat nak pergi KLCC, malam. Nak suruh si kakak ni lari2 sampai pengsan. Tapi dek ujannya tak berhenti, aku cadang pergi Chitta Mall je. Sebab tak pernah pergi. Hubby follow je.
Sampai Chitta Mall, takde menda. Nak makan. Hubby takut. Was-was dia kuat manjang. Penyudahnya, jalan-jalan je, tengok kedai. Banyak kedai tak bukak lagi.
Masa tengah jalan-jalan, si kakak ni suka lari-lari.. Yelah, tempat lapang. Seronoklah dia nak lari. Kuat plak tu dia lari. Sampaikan hubby kena pegang tangan dia kuat-kuat. Ada one part tu, aku tengah tengok Restaurant Meatwork. Aku nak makan situ, ajak hubby. Tapi tak berdaya pujuk dia. Aku cakaplah, halal lah, pernah masuk jalan-jalan cari makan, lembu dia ambil dari N9, and owner dia Melayu, bla bla bla (Macam-macam cara nak yakinkan dia untuk kenyangkan perut dan nafsu tekak aku... tak menjadi. Haish). Hubby masih tak yakin. Dia kata, kalau ada simbol halal JAKIM baru dia masuk. Hurm.
Smbil aku duk bincang pasal restaurant Meatwork tu, sambil tuu juga mulut si kakak berkicau. Bising. Ntah apa laa dia cuba terangkan. Tapi kami masih sebok berbicara tentang Meatwork. Aku menolak stroller si adik. Sambil berjalan, kami suami isteri masih berbincang. Adalah dalam 100 meter dari restaurant Meatwork. Da jauh da. Si kakak masih tak berhenti-henti bising. Sekaliiiiiiii...... , hubby terlepas tangan dia. Dia lariiiiiiiiiiiiiiii....
**Jeng jeng jeng... Suspend.**
Sekuat hati dia lari... Hubby terkangkang-kangkang kejar dia, rupanya kasut dia tertinggal depan Meatwork. Adey... Dia nak cakap, "Kasut, kakak. Kasut, kakak."
Rupanya kami leka. Jauh dia berlari, untuk dapatkan balik kasut dia lagi sebelah tercabut. Bayangkan macam mana dia berjalan sambil dipimpin tangannya oleh ayahnya, sambil tu juga kaki sebelah berkasut, sebelah takde kasut sebelumnya. Selepas tangan dia terlepas, dia berlari dapatkan kasut dia balik pun, tekangkang-kangkang. Sebabkan hanya sebelah sahaja berkasut, kesiannya.
Aku gelak terbahak-bahak kat situ.
Moral of the story; sentiasalah peka apa yang anak cuba bagitau. **PENTING**
![]() |
| Haa..Korek apa tu kakak? |

15 comments:
cian betul kakak.. kasut tertinggal ayah ngan ibu x pasan.. ;)
hahahaha
sabo jela...
sian kakak =)
siannya dia/mesti comel masa lari2 tu kan?budak2 besar ni mmg xleh duk diam.sama la yang kat uamh sy tu
itulah abah ngn mak nyer sibuk bincang sampai tak ingt kt si kakak heheheheh....
hahhaaa..sy pun penah jadik camtu =p
Kesian kakak...hehehe....cam mana leh mak n ayah kakak ni x perasan kasut kakak hilang sebelah ni... :)))
Salam kayna...
Mesti berkicau kakak bising, Mak bapak tak paham..hehehehe!! Berapa umur kakak? Comel gituh
hahaha .. kakak kakak .. :)
haha..sian kakak yek..
tp betul tu, kita kene peka dgn ape yg anak ckp..;)
adam hawa: muahaha.. (gelak jahat)
cheqna: ekekek.. sadis.
irfa: kan kan... dia tuu lasak..
norhidana: bertekak je mak bapak. bukan pedulik anak.
mummy danisha: kahkahkah... kelakar kan.
ibu hani: hahaha.. tuulaa dia asyik lari jek. ingatkan dia bising nak lari lagi.
deru ombak: baru 2 tahun 2 bulan. baru pandai cakap sikit2.
gucciey: mak ayahnyalaa kan salah. sian.
muakakakakakaka... lawak gila... si mak abah sedang argue pasal haram halal.. si anak jadi mangsa.. muahahahah.. comellah korang ni....
hahaha... lawak betul.. nasib baik tak ramai orang kat chitta mall tu.. kalau tak lagi maluuuuu... waaakakkaak
chomel jer kakak....
hahah~ bagus ni jd panduan utk Ain nt..
Mamawana: Comel je dia lari. Ayah dia laa terlebih comel plak lari.
Zai: Hahaha. jgn jadi macam tu.
Post a Comment