Tomyam Sedap

Kat sini takde cerita cara-cara nak masak tomyam. Cuma nak cerita, sila berhati-hati jika tomyam yang anda makan sedap dari biasa.


Aku jarang sangatlah nak order tomyam campur ke, tomyam itu ini. Melainkan tekak da sangatlah lapar tahap otomen. So, semalam, hubby balik lewat. Yesz.! Dapat makan luar, tak yah masak. Siap-siap aku order dalam kereta kat hubby, aku nak tomyam+telur dadar dengan nasi putih.


Sesampai je kat kedai makan. (Perlu ke aku mention kedai mana?). Order makanan. Makanan siap di hidang. Aku makan macam tak pernah jumpa tomyam sedap. Sampai hubby pun puji, sedaplah tomyam ni. 


Tiba-tiba...


Da hampir licin da kuah tomyam tu aku hirup. Nampaklah, satu benda. Errk. Tengah menaip ni pun aku rasa nak loya. Teng teng teng.. Kaki? Kaki apakah? Kecik jek. Hubby cakap ranting pokok/kayu. Aku tak puas hati, ambillah benda tadi and letak atas tisu putih. Nampaklah macam ala-ala bulus. Adey. Puas plak aku kaji. Aiseyman, terus aku tolak nasi. And tak jadi teruskan makan. Kesian plak kalau fikirkan puteraku yang menyusu denganku malam tadi. Jauhkanlah perkara-perkara tak elok.


Aku and hubby diam. Tak complaint. Dia bayar je macam biasa. So, perlukah aku ke kedai tu lagi? Kadang terfikir. Baik aku masak kat rumah. Kalau time malas, telur dengan kicap pun okay lah. Huhuhuhu...



6 comments:

ada mokhtar said...

bulus? apa tu?

kayna said...

bulu-bulu.. kahkahkah

Norasikin said...

Diaorg masak bukan ada perasaan pun. Main campak je apa yg tercapai tangan

kayna said...

kan kan.. aper daa... trauma kejap.

Irfa said...

muskil la..bulu idung ke bulu kaki ke bulu ketiak?hehe

kayna said...

irfa, bulu kaki lipas.. kihkihkih