Subhanallah. Bayi dilahirkan bersama Al-Quran.
Ulama terkenal dari Nigeria pada Isnin (14/5/2012) berkumpul di Mushin, Wilayah Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara penamaan seorang bayi. Bayi tersebut bukan bayi biasanya sehingga harus masuk pemberitaan di media, namun bayi yang lahir pada 7 Mei 2012 tersebut dilahirkan dengan membawa sebuah Al-Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Allahu akbar!
Setelah menyampaikan sebuah kultum, seorang ulama Nigeria, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo. Dalam pemberian nama tersebut, Ustaz Abdul Rahman juga menasihati sang ibu dari jabang bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.
Beliau juga menambah bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk menghantar bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni dilahirkan dengan membawa Quran dari rahimnya. Subhanallah!
Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Syaikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komunitas Nasrulifathi Ustaz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komunitas Islam Alifathiquareeb.
Sebelumnya pada Ahad (13/5), ibu dari sang jabang bayi ini menyatakan diri memeluk Islam setelah melihat bayinya dilahirkan dengan membawa Quran dari rahimnya. Kini, sang ibu 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian bertukar menjadi Sharifat. Hal serupa juga dilakukan oleh nenek sang jabang bayi yang dulu memeluk agama Kristian sekarang menjadi seorang Muslim dan menukar namanya dengan nama Islami.
Di luar rumah sang jabang bayi, banyak pedangang tumpah ruah menjual pelbagai cenderamata tentang bayi tersebut, mulai dari kaos, tasbih, dan foto-foto sang jabang bayi yang lahir membawa Quran tersebut.
Kelahiran sang jabang bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, di mana para sekularis menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi dilahirkan dengan memegang (membawa) Quran dari rahim sang ibu. Namun di lain pihak, banyak yang berpendapat bahawa apa pun boleh terjadi jika Allah berkehendak. Wallahu a'lam bish shawwab

Sumber: E-mail
Satu kampung kena lelong
huh. Macam ni pun ada kan. Aku ingat orang lelong rumah/ kereta/ barang2 je. Wahh.. Siapa ye mau beli and naik tarafkan semula kampung ni.
PARIS – Satu lelongan akan diadakan pada 21 Mei depan bagi menjual sebuah perkampungan terbiar di Perancis .
Kampung Saint Nicolas Courbefy yang terletak sekitar 450 kilometer ke barat daya ibu kota Perancis itu dirampas bank tempatan, Credit Agricole awal bulan ini selepas pemilik-pemiliknya gagal membayar ansuran bulanan mereka.
Terdiri daripada beberapa bangunan terbiar, sebuah kandang kuda, gelanggang tenis dan kolam renang, ia dahulunya merupakan sebuah pusat peranginan yang turut mengandungi hotel mewah, kolam renang dan restoran.
Peguam Credit Agricole, Paul Gerardin kelmarin memberitahu, lelongan akan diadakan ekoran cuma seorang pembeli yang melahirkan minat membeli kampung itu.
Menurut Gerardin, setakat ini pejabatnya menerima lebih 100 panggilan termasuk dari China dan Qatar untuk menyertai lelongan berkenaan.
Namun katanya, pembeli yang berminat perlu menyerahkan deposit harga permulaan sebanyak 330,000 euro (RM1.3 juta) untuk menyertai lelongan itu. – Agensi
2D 1N at Tiara Beach Resort
Tanggal 1 May hari tu, sebenarnyer 2 May.. Genaplah 10 tahun perkenalan, persahabatan, percintaan, macam-macam "per"lah antara daku dan si dia. Yang kini bergelar suami. Alhamdulillah. Jenuh ni buat booking, macam nak ke oversea. Mula-mula cadang nak ke Bukit Tinggi je, lepak2 layan romantic di sekitar Colmar Tropicale.
Tapi hubby kata, biar anak-anak dapat main and happy. Paling dekat dengan KL ni, kalau pantai. Mana lagi. Port Dickson jelah. Hari kami pergi tu 1 May, mak aii penuh orang sekitar pantai. Kami tak singgah teluk kemang, direct ke Tiara Beach resort. Ohhh.. Aku booking online. (Sini)Harga online, memang tulis mahal sikit. Once kita da book, harga jadi separuh. Best gak.
Dapat pergi pun 1 night je. Sebab kesibukan hubby dengan kerja. Hurm.. 1 night pun, 1 night lah. Asal jauh dari KL.
View masa baru tiba. 1st time ni datang. teruja lebih. Ahaks.
Aku ambil Studio Country View. Harga RM 420. Jadi RM 210. Best kan? Kan? Kan?
Siap dengan wristband. Pergh !
Nih antara-antara model yang mencuba perabot hotel samada elok ke tak/ selamat ke tak untuk digunakan.
Kahkahkah
Ada sinki gak, bolehlah masak-masak. Tapi da nama bercuti, mesti nak makan luar, kan? Muehehehe. Alasannn !
Petang tu, dalam pukul 6 kami ke Teluk Kemang, da tak ramai orang da. Mungkin ramai yang da balik. Kebanyakan kereta yang datang PD ni, nombor plat KL. Huh. Nampak sangat orang-orang KL/Selangor ni suka datang PD ni. Da alang-alang datang waktu da nak senja. Aku pun ajak hubby duk tepi pantai tengok sunset. Betapa jakunnya aku 1st time tgk matahari terbenam. Pernah tgk kat Tanjung Aru, KK. Tapi yang ni nampak lebih cantik, mungkin aku beri tumpuan sikit kot. Nampak lah matahari bertukar bulat menjadi bebola merah yang sangat besar, dan masuk dalam laut. Puas aku explain dengan si kakak, dia mesti pelik, kenapalah mak bapak aku ni tengok SUN agaknya.
Lepas matahari da merangkak masuk. Kami jalan-jalan sekitar Teluk Kemang, ada jualan macam uptown plak. Dapatlah si kakak merembat benda alah ni. Harga pakcik tu jual RM 15 yang besar. Yang kecik RM10. Aku nak yang besar. Tapi takmo bayar RM15, aku nego2, sampai pakcik tu surrender. Dapatlah RM 10 untuk menan besar ni. Bolehlah si kakak gali tanah kat Tiara Beach Resort esoknya.
Makan malam pun, ada kedai Tomyam kat situ. Nama pun anniversary kan. Patut ada candle light dinner. Tapi takpelah, neon kalimantan light dinner pun bolehlah.
Total makan sini, RM 15. Murahkan, kan kan?? Jimat-jimat. Boleh jadi destinasi budget gak ni.

P/s: Takde gambar2 masa mandi manda, sebab semua nak masuk pool. Takde orang tukang jaga barang. Jadi simpan jelaa camera dalam bilik.
WW- Meatwork
Sirloin Steak
Salad (boss aku yang suh amek gambar ni.)
Pink Guava Juice
Aku tau WW. Tapi nak bgtau, aku rasa aku boleh je masak kat rumah. Kamu pun boleh juga. (google recipe) Untuk makan sendiri bayar memang idok ler. Satu pinggan RM 50++. Reasonable ke? Erk. Takpelah. Nanti aku masak sebijik macam ni kat tumah, agak-agak boleh tak claim dengan hubby RM 100.00, campur air segala buat kat dapur kecilku, aku nak bukak resit lah kat hubby. (Notes: Jgn buat, dosa tau ;-) !)
Subscribe to:
Posts (Atom)